Nasional

Cadangan menaikkan OPR tidak akan membantu rakyat – Fahmi

Cadangan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi memperkukuhkan nilai ringgit dikhuatiri akan memberi kesan langsung kepada rakyat.

Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berpendapat tindakan tersebut tidak akan membantu rakyat selain perihal isu nilai ringgit tidak dibincangkan pada mesyuarat Jemaat Menteri.

“Saya ambil maklum ada sesetengah pihak beri komen, saya tak pasti sama ada pihak tertentu ini mahu Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan OPR kerana saya jangka itu bukan satu perkara yang akan membantu rakyat pada waktu ini.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga sudah menyatakan perkiraannya (sebelum ini), sekiranya OPR dinaikkan, kadar faedah lebih tinggi tapi kesannya (adalah) kepada rakyat,” katanya pada sidang media pada Rabu.

Sementara itu, menurut Fahmi, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan juga telah mengambil maklum dan meneliti pandangan penganalisis ekonomi berkaitan kejatuhan nilai ringgit itu.

“Hari ini tidak ada bincang (ringgit) tetapi Menteri Kewangan II, Gabenor Bank Negara ada meneliti perkara ini berdasarkan kenyataan daripada Gabenor, ramai penganalis mengunjurkan nilai ringgit akan akan menambah pada tahun ini atas beberapa faktor yang disebut Gabenor dan Menteri Kewangan II.

“Dan ada dalam kawalan kita seperti eksport yang boleh kita percepat proses dalamannya dalam negara di samping juga mempercepatkan proses perniagaan yang boleh pelaburan yang diluluskan untuk mula digerakkan,” katanya.

Difahamkan, keputusan untuk menaikkan OPR adalah terserah kepada BNM untuk diputuskan kelak.

Terdahulu, nilai ringgit terus mencatat penurunan ketara apabila mencecah paras 4.795 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) paras terendah

Dalam pada itu, sekitar 5 petang hari ini, ringgit berada di paras 4.795 susut 0.41 peratus berbanding penutup semalam di mana nilai mata wang negara mencapai paras terendah dalam sejarah iaitu 4.88 pada Januari 1998 iaitu ketika kemuncak Krisis Kewangan Asia.

Related Articles

Back to top button