Negeri

Rakyat Selangor dipelawa mohon subsidi yuran bulanan taska RM100

Kerajaan Negeri Selangor mempelawa ibu bapa di negeri itu yang layak untuk memohon bantuan yuran taska atau pusat penjagaan kanak-kanak sebanyak RM100 sebulan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://asuhpintar.yawas.com.my/ sebelum 15 haribulan setiap bulan.

“Antara fokus Kerajaan Negeri dalam menjaga kepentingan anak-anak kecil di Selangor adalah asuhan anak-anak kecil yang berkualiti dan bermanfaat.

“Melalui Skim Asuh Pintar ibu bapa yang layak akan menerima bantuan RM100 setiap bulan untuk yuran taska atau pusat penjagaan anak-anak berusia empat tahun ke bawah. Bantuan ini dibayar terus ke taska atau nurseri,” katanya menerusi Facebook.

Amiruddin turut menjelaskan inisiatif melalui Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar) untuk meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan sistem asuhan yang baik kepada anak-anak.

BACA LAGI: Selangor garis lima elemen, rangka dasar berkaitan ekonomi penjagaan

Terdahulu, Amirudin ketika membentang Belanjawan Selangor 2024 mengumumkan bantuan RM100 sebulan kepada ibu bapa yang memiliki anak berusia empat tahun ke bawah untuk yuran ke taska awam atau pusat jagaan kanak-kanak.

Beliau menjelaskan insentif itu diberi kepada golongan berpendapatan rendah (B40) membabitkan dana keseluruhan RM600,000.

Related Articles

Back to top button