Negeri

Sarawak isytihar berkabung 2 hari atas pemergian Taib Mahmud

Kenyataan rasmi Kerajaan Negeri Sarawak mengisytiharkan perkabungan selama dua hari pada 21 dan Februari sebagai menghormati pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Abu Bakar Marzuki, berkata majlis rasmi melibatkan acara hiburan perlu ditangguhkan.

“Bendera hendaklah dikibarkan separuh tiang,” katanya.

Taib Mahmud, 87, menghembuskan nafas terakhirnya di Kuala Lumpur pada kira-kira 4.40 pagi tadi.

Turut dimaklumkan jenazah Taib Mahmud terus dibawa ke kediaman beliau di Demak Jaya, Jalan Bako Sarawak.

Jenazah akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) esok (Khamis) untuk memberi peluang kepada rakyat jelata memberi penghormatan terakhir mulai jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Jenazah Allahyarham dijadualkan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Demak Jaya, berhampiran kediamannya selepas solat Zohor, pada Khamis.

Related Articles

Back to top button