Semasa

Kertas pertuduhan CBT menantu Muhyiddin telah siap, sedia dibicarakan di Mahkamah – SPRM

Kertas siasatan membabitkan menantu Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah sedia untuk dijalankan proses pertuduhan di mahkamah.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki kepada pemberita di Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah ke-10 di Kuala Lumpur semalam.

Tambah Azam, individu itu, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan perlu kembali ke negara ini untuk menghadapi pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) dikaitkan dengan pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Terdahulu, Muhammad Adlan 48, dan seorang lagi individu, Mansoor Saat, 69 dilapor telah menghilangkan diri sejak Mei tahun dan masih belum dapat dikesan.

Peguam Datuk Dr Baljit Singh Sidhu yang mewakili Muhammad Adlan pada Ogos menafikan anak guamnya itu telah meninggalkan Malaysia sebagai satu cubaan untuk mengelak atau pun menghalang siasatan SPRM.

BACA LAGI: SPRM syak Daim ada banyak lagi harta luar negara belum diisytihar

Muhammad Adlan jelasnya bersedia untuk pulang bagi membantu siasatan dakwaan rasuah dan penyelewengan dihadapinya.

Bagaimanapun pada Oktober lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan telah menyerah dokumen diperlukan kepada Interpol untuk permohonan Notis Merah terhadap kedua-dua individu itu.

Related Articles

Back to top button