Sukan

Anwar santuni lagenda ragbi dunia, tukar pandangan tentang sukan dan dakwah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat meluangkan masa untuk menyantuni legenda ragbi dunia, Sonny Bill Williams yang sedang berada di negar aini.

Melalui satu hantaran di laman Facebooknya, Anwar berkata beliau dan bekas pemain skuad ragbi All Blacks itu meluangkan masa kira-kira sejam menjamu selera dengan juadah kampung di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Menteri Komunikasi, Fahmi yang turut hadir pada majlis itu memaklumkan, Anwar dan Sonny turut berbincang dan bertukar pandangan mengenai beberapa perkara yang boleh diusahakan secara bersama termasuk arena sukan tanah air dan pendidikan.

“Ia kunjungan baik dan saya berharap akan mengukuhkan bukan hanya persahabatan, tetapi juga beberapa peluang, termasuk ragbi dan isu dakwah Islamiah dan ukhwah,” katanya mengulas pertemuan itu.

Sementara itu, Anwar dilaman Facebooknya memaklumkan pemain kelahiran New Zealand menghadiahkan kepadanya buku biografinya berjudul ‘You Can’t Stop the Sun From Shining’ kepada Anwar.

Seusai makan tengah hari, Anwar dan Sonny kemudian menaiki kenderaan bersama, menuju ke Masjid Negara untuk menunaikan solat Jumaat.

Related Articles

Back to top button