Dr Wan Azizah menghadap Raja Permaisuri Agong di Istana Negara
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada Jumaat berkenan menerima menghadap isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Perkara itu dikongsikan melalui satu catatan di Facebook rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Menurut hantaran itu, sesi menghadap tersebut adalah bagi membincangkan beberapa perkara mengenai Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) dengan Seri Paduka Baginda yang juga berperanan selaku Penaung Diraja persatuan itu.
BACA LAGI: Kanak-kanak generasi kini berdepan cabaran berbeza- Dr Wan Azizah
Pada sesi menghadap itu, Dr Wan Azizah yang merupakan Yang Dipertua PPPM turut diiringi Timbalan Yang Dipertua PPPM Tengku Datuk Shireen Tengku Suleiman dan Ketua Pesuruhjaya PPPM Datuk Yeoh Soo Keng.