Semasa

Pegawai perubatan lega, Menteri umum elaun lokum boleh dituntut serta merta

Pegawai perubatan yang diarah bertugas selepas waktu pejabat (membuat lokum) di klinik kesihatan kini boleh menuntut Elaun Lokum pada kadar RM80 sejam berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu telah diperhalusi dan diluluskan sekaligus menyelesaikan isu yang sering dibangkitkan pegawai perubatan sebelum ini.

“Timbul isu tentang bayaran elaun untuk doktor yang membuat lokum dan kami telah memohon dan baru sahaja mendapat kelulusan untuk setiap doktor yang membuat lokum dibayar elaun mereka untuk jam yang mereka lakukan,” katanya.

Perkara itu dimaklumkan Dr Dzulkefly pada sidang media selepas menyaksikan sesi Memorandum Persefahaman (MoU) antara IHH Healthcare Malaysia (IHH Malaysia) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Terdahulu, KKM memaklumkan pelaksanaan projek rintis pemanjangan waktu operasi klinik berdekatan hospital pada tahun lalu, telah diteliti dan permohonan untuk meneruskan pembayaran Elaun Lokum, sedang dalam pertimbangan.

“Ini merupakan berita baik kepada (pegawai perubatan) yang berkenaan, tambah Dr Dzulkefly.

BACA LAGI: KKM laksana projek rintis, lanjut waktu operasi klinik kesihatan terpilih

Sementara itu sebagai mengulas MoU yang ditandatangani beliau berkata, ia untuk menyediakan penjagaan dan rawatan kepada tambahan 500 pesakit kanser dari hospital KKM.

Related Articles

Back to top button