Semasa

Saifuddin bidas ‘posting’ cuba cipta naratif jahat, fitnah terhadapnya

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail membidas satu hantaran di media sosial yang mendakwa Malaysia akan dijadikan destinasi pelancongan tanpa visa oleh Israel.

Melalui satu kenyataan di laman X, Saifuddin menegaskan hantaran di laman sosial itu sebagai satu percubaan mencipta naratif jahat dan fitnah terhadap beliau serta kerajaan.

“Sewaktu ucapan di UNGA, YAB Perdana Menteri Malaysia jelas mengkritik sekeras-kerasnya tindakan Israel di hadapan semua !,” tegas Saifuddin merujuk hantaran dengan tajuk Israel bakal jadikan Malaysia destinasi pengecualian visa?

Hantaran itu turut menyertakan tangkap layar akaun X Ahli Parlimen Israel, Danny Danon pada September lalu yang menyiarkan gambar Saifuddin pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

“Kehadiran saya seperti dalam gambar ni adalah atas kapasiti saya sebagai salah satu delegasi dan mendengar ucapan YAB Perdana Menteri di UNGA,” kata Saifuddin mengulas gambar tersebut.

BACA LAGI: Samakan pimpinan Anwar dengan Israel, Abdul Hadi buat tuduhan melampau

Pada 20 Sept tahun lalu, Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke UNGA ke-78 di New York, Amerika Syarikat.

Selain Saifuddin Nasution, Perdana Menteri diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Luar (ketika itu) Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Kesihatan (ketika itu) Dr Zaliha Mustafa dan pegawai kanan kerajaan.

Related Articles

Back to top button