Anwar

Terus bermunajat untuk rakyat Palestin – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan rakyat Malaysia terus bermunajat dan berdoa supaya martabat dan maruah rakyat Palestin yang terus diserang tanpa belas kasihan diangkat.

Melalui satu hantaran bersempena sambutan malam Nisfu Syaaban, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut mengajak umat Islam bersama-sama mempertingkatkan amal ibadat, memperkukuh elemen kerohanian dengan zikir dan doa kepada Allah.

Beliau turut memetik sabda Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, Allah SWT mengampunkan hamba-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”.

“Ini juga menandakan semakin dekatnya kita dengan Ramadan Al-Mubarak.

“Persiapan kerohanian dan amalan yang istiqamah akan membantu kita menjalani tarbiyah Ramadan kelak dengan penuh keberkatan,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Related Articles

Back to top button