hiburan

Rosyam Nor dilantik sebagai Duta Usahawan PKNS

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melantik pelakon terkenal dan usahawan berjaya Datuk Mohamed Noor Shamsuddin atau Rosyam Nor sebagai Duta Keusahawanan PKNS, berkuat kuasa 1 Disember 2023.

Surat lantikan sebagai Duta Keusahawanan PKNS itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Korporat) PKNS, Suhaimi Kasdon di Bangunan Ibu Pejabat PKNS, di Shah Alam, hari ini.

PKNS menerusi hantaran di Facebook berkata, pemilihan pelakon itu merupakan langkah memperteguhkan lagi peranannya dalam pemerkasaan program keusahawanan secara menyeluruh kepada semua peringkat masyarakat.

“PKNS telah melantik pelakon dan selebriti terkenal yang juga usahawan berjaya, Datuk Rosyam Nor sebagai Duta Usahawan PKNS.

“Semoga dengan pelantikan ini ianya mampu memberi impak yang lebih efektif dalam memaju dan mempromosi aktiviti-aktiviti keusahawanan yang dijalankan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) kepada para usahawan di seluruh negara, khususnya di Negeri Selangor,” katanya.

PKNS menerusi BP, dalam usahanya memacu kesinambungan budaya melalui perlaksanaan program keusahawanan sejak tahun 1995.

Ianya memberi fokus kepada penambahan skop-skop baharu seperti Pembangunan Produk Usahawan untuk Pasaran ‘Retail, Export Ready’, Inisiatif Halal, ‘Urban/Rural Entrepreneur Center’ serta pelbagai inisiatif-inisiatif baharu yang lain.

Sementara itu, Rosyam Nor menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak PKNS atas kesudian melantiknya sebagai duta dan akan berusaha bersama perbadanan itu dalam memainkan peranan penting untuk mewujudkan ekosistem keusahawan yang holistik dan lestari dalam pembangunan sektor keusahawanan khususnya di Selangor.

Related Articles

Back to top button