ekonomi

KEB 2024: bakal jadi titik tolak pembangunan sosioekonomi bumiputera

Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) yang bakal berlangsung minggu ini menjadi antara agenda penting Kerajaan Perpaduan untuk merombak serta melonjak pembangunan sosioekonomi bumiputera secara menyeluruh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui satu hantaran di laman Facebooknya berkata, pentadbiranya berharap kongres itu akan menjadi titik tolak supaya sosioekonomi bumiputra di negara ini berkembang maju secara progresif dan inovatif.

“Menjadi harapan kerajaan supaya kongres ini berjaya mengumpul idea-idea bernas dan menjadi titik tolak kepada perencanaan Agenda Baharu Pemerkasaan Bumiputera untuk tempoh 10 tahun akan datang,” katanya.

Terdahulu pada Isnin, Anwar hadir mempengerusiakan Mesyuarat Khas Majlis Ekonomi Bumiputera.

Mesyuarat itu bagi membincangkan dengan teliti kerangka perjalanan KEB 2024.

“Selari dengan konsep dasar dan penyertaan yang merentasi dimensi kaum, mesyuarat hari ini turut mendengar pandangan daripada wakil-wakil Dewan Perniagaan Melayu, Cina, India dan juga Bumiputera Sabah dan Sarawak,” tambahnya.

BACA LAGI: Agenda Bumiputera untuk semua lapisan, bukan kumpulan tertentu sahaja

KEB 2024 dijadualkan berlangsung dari 29 Februari hingga 2 Mac ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Ia dijangka akan menjadi platform mencungkil potensi teknologi dan peluang baharu bidang ekonomi bagi memperkasakan bumiputera di negara ini.

Related Articles

Back to top button