Parlimen

PM Anwar seru kukuh kerjasama demi kepentingan semua rakyat

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan harapan supaya persidangan Parlimen sesi kali ini akan menguatkan lagi kerjasama antara semua pihak dalam membangunkan negara demi kepentingan seluruh rakyat.

Hasrat itu disampaikan Anwar melalui satu hantaran di Facebook rasminya.

Terdahulu, pada Isnin, Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadiri istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Turut berangkat ke istiadat itu Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Ini merupakan istiadat pembukaan Parlimen pertama oleh Sultan Ibrahim sejak mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas.

BACA LAGI: Semua pihak mesti terima kenyataan, hormati Kerajaan Perpaduan – Agong

Berdasarkan takwim di laman rasmi Parlimen, persidangan kali ini berlangsung selama 19 hari dengan tumpuan kepada perbahasan Titah Diraja oleh Ahli-Ahli Parlimen dari 27 Feb hingga 7 Mac diikuti jawapan daripada kementerian berkaitan selama empat hari bermula 11 Mac.

Persidangan kemudian akan diteruskan dengan pembentangan rang undang-undang.

Related Articles

Back to top button