Negeri

Selangor tubuh pasukan khas berkaitan bekalan air

Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah proaktif bagi menangani fenomena El Nino yang diramal lebih teruk melanda negara pada Julai tahun depan dan 2026.

Exco Infrastruktur dan Pertanian negara Izham Hashim berkata, bagi tujuan itu, sebuah pasukan khas dibentuk dengan diketuai Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan dibantu agensi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor.

“Pasukan khas itu dibentuk bagi melihat pengurusan bekalan air di Selangor terutama ketika berdepan kemarau lebih teruk dijangka pada tahun depan dan 2026 nanti.

“Perkara itu amat penting kerana bekalan bukan saja untuk diminum namun bagi keperluan pertanian dan faktor lain,” katanya dipetik.

BACA LAGI: Selangor dan KPKM jalin kerjasama strategik untuk projek pertanian berimpak tinggi

Terdahulu, Izham yang juga ADUN Pandan Indah melakukan tinjauan ke Stesen Pam Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) di Kampung Rantau Panjang, Bestari Jaya.

Mengulas lanjut mengenai pasukan yang bakal dibentuk itu, beliau menjelaskan, ia akan berperanan melaporkan sebarang perkembangan situasi bekalan air kepada Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) Selangor.

Pasukan tersebut juga bertanggungjawab memantau isu berkaitan banjir, kemarau, kumbahan dan semua yang berkaitan dengan bekalan air di negeri itu.

Related Articles

Back to top button