Negeri

MB Negeri Sembilan mahu kontraktor jalankan kerja dengan baik, tidak mahu ada aduan

Kontraktor yang mendapat projek penyenggaraan jalan di bawah peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) di Negeri Sembilan digesa supaya melaksanakan kerja berkualiti dan memanfaatkan rakyat.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata terdapat 250 kerja di seluruh negeri itu yang disenaraikan di bawah peruntukan MARRIS fasa satu .

Kesemua projek itu melibatkan kos RM100,000 setiap projek dengan nilai keseluruhan RM25 juta bagi kontraktor kelas G1.

“Peringatan untuk kontraktor, kerja yang dilaksanakan mesti terbaik, saya tidak mahu ada aduan.

“Projek dijalankan mesti mengikut spesifikasi ditetapkan,” katanya.

Aminuddin berkata begitu semasa ucapan di Majlis Cabutan Kerja Undi Fasa Satu penyenggaraan jalan di bawah peruntukan MARRIS di Seremban pada Selasa.

BACA LAGI: Selangor tubuh pasukan khas berkaitan bekalan air

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan negeri telah menerima tiga permohonan daripada tiga syarikat tempatan bagi penerokaan unsur nadir bumi (REE) di negeri itu.

“Kita telah minta Pejabat Tanah dan Galian membantu mereka, sekarang ini REE agak perlahan kerana harga pasaran dunia rendah, jadi permintaan berkurangan,” katanya dipetik.

Related Articles

Back to top button