Semasa

Tak perlu bimbang, Elektrik sehingga 600 kWj, bil air tidak dikenakan cukai perkhidmatan

Orang ramai diseru agar tidak bimbang dengan kenaikan cukai perkhidmatan kepada lapan peratus mulai 1 Mac 2024, daripada enam peratus pada masa ini.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican berkata, lebih 80 peratus pengguna domestik yang penggunaan elektrik bulanannya dibawah 600 kilowatt jam (kWj) akan terus menikmati cukai perkhidmatan sifar bagi bil elektrik mereka.

“Kami tidak menukar peraturan untuk mereka yang dikenakan cukai perkhidmatan; kami hanya ingin menjelaskan bahawa pada masa ini, cukai perkhidmatan (enam peratus) dikenakan ke atas segmen ini (penggunaan elektrik lebih daripada 600 kWj sebulan), yang mana segmennya agak kecil.

“Begitu juga, cukai perkhidmatan tidak akan dikenakan ke atas bil air,” katanya pada sesi taklimat bersama editor, di Kuala Lumpur pada Rabu.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan semalam menegaskan kenaikan cukai perkhidmatan sebanyak dua peratus itu tidak melibatkan perkhidmatan yang menjadi keperluan asas dan gaya hidup rakyat di Malaysia.

BACA LAGI: Jalankan tanggungjawab dengan amanah tingkat bantuan kepada rakyat

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kerajaan menjangkakan perubahan itu tidak menyebabkan kenaikan mendadak kepada harga perkhidmatan, sekali gus tidak akan membawa kejutan kepada ekonomi

Sementara itu dalam perkara berkaita, Johan Mahmood ketika ditanya sama ada kerajaan akan mempertimbang untuk melaksanakan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi meningkatkan hasil negara berkata, ketika ini bukan masa yang sesuai untuk pelaksanaan semula cukai tersebut.

Related Articles

Back to top button