Pentadbiran Anwar tak tolenrasi dengan rasuah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan pentadbirannya tidak akan bertolenrasi dengan mana-mana pemimpin terlibat dalam penyalahgunaan kuasa atau rasuah.
Pada ucapan perasmian Sidang Kemuncak Anti-Rasuah Kebangsaan (NAC Summit) 2024 di ibu negara pada Khamis beliau menegaskan, pihak berkuasa berkaitan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas menyiasat mana-mana pemimpin termasuk yang berada dalam kerajaaan.
“SPRM bebas menyiasat mana-mana pemimpin dalam kerajaaan dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya sebagai prakarsa menghapuskan ‘penyakit’ tersebut yang akan menjalar nescaya melemah longlaikan semangat bangsa di negara ini.
“Kalau ada saya katakan jangan tanya saya, persila ambil tindakan dan orang-orang berkenaan wajib digugurkan, baru boleh negara ini selamat,” katanya yang turut menegaskan tidak teragak-agak untuk menggugurkan individu terbukti terbabit rasuah daripada barisan Kabinet.
Persidanganp ertemakan ‘Memupuk Integriti dan Tadbir Urus yang Baik Dalam Pembangunan Modal Insan’.itu dihadiri lebih 1,300 peserta.
Turut hadir ialah Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Ketua Eksekutif HRD Corp; Datuk Shahul Dawood.
Sementara itu tambah Anwar, lebih setahun Kerajaan Madani mentadbir negara, tiada mana-mana pemimpin yang terbukti terlibat dengan aktiviti rasuah, setakat ini.
BACA LAGI: Pembangkang terus diam membisu usaha SPRM siasat golongan ‘maha kaya’ terkait rasuah
“Saya tekankan, sesiapa sahaja yang terlibat dengan korupsi perlu diheret ke muka pengadilan hatta mereka tidak lagi berada dalam pemerintahan kerajaan.
“Sudah setahun lebih kita perintah, banyak diserang tetapi saya tanya di Parlimen dan luar Parlimen, beri satu bukti menteri atau Perdana Menteri sekarang, kalau ada yang rasuah.
“Tanya Tan Sri Azam Baki, kalau ada siasat, kita siasat, dakwa dan ikut badan kehakiman (untuk) hukum,” tambah beliau.
Bagaimanapun, Anwar menggesa untuk mana-mana pihak untuk tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa jika mempunyai bukti mengenai rasuah dalam kalangan pemimpin kerajaan.
Tindakan itu bagi memastikan pentadbirannya bersih dan bebas dari amalan tersebut.