Semasa

Lapan juta pengguna perkhidmatan air nikmati pengecualian kenaikan cukai SST

Seramai lapan juta pengguna perkhidmatan bekalan air membabitkan 87 peratus domestik dan 13 peratus bukan domestik di Semenanjung serta Wilayah Persekutuan Labuan menikmati pengecualian kenaikan caj cukai jualan dan perkhidmatan (SST)

Perkara itu dinyatakan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) dalam kenyataan sebagai menjawab kebimbangan dibangkitkan susulan langkah terbaharu berkaitan percukaian itu.

Petra turut memaklumkan seramai 4.7 juta lagi pengguna perkhidmatan pembetungan di seluruh Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan juga tidak terkesan dengan kenaikan caj itu.

“Kerajaan akan terus komited dan prihatin bagi memastikan keperluan asas rakyat diutamakan.

“Kementerian juga ingin mengingatkan orang awam untuk menggunakan air secara berhemat terutama ketika negara sedang berhadapan dengan musim panas dan kering di kebanyakan negeri,” kata kenyataan tersebut.

Kadar baharu SST naik kepada 8 peratus berbanding 6 peratus berkuat kuasa semalam.

Ia seperti diumumkan dalam Pembentangan Belanjawan 2024 Oktober tahun lepas.

BACA LAGI: Elektrik sehingga 600 kWj, bil air tidak dikenakan cukai perkhidmatan

Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan daya tahan kewangan negara sambil mengurangkan defisit belanjawannya.

Turut dikecualikan daripada kenaikan itu adalah berkaitan makanan dan minuman, telekomunikasi dan tempat letak kereta.

Penggunaan elektrik bulanannya dibawah 600 kilowatt jam (kWj) jug akan terus menikmati cukai perkhidmatan sifar bagi bil elektrik mereka.

Related Articles

Back to top button