Anwar

Jadikan Australia sebagai contoh hormati komuniti minoriti Islam – PM Anwar

Malaysia menggesa masyarakat berbilang kaum dan agama agar sentiasa saling menghormati dan bertolak ansur sebagai sebuah komuniti.

Gesaan itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap merasmikan Kompleks Sukan Al-Taqwa di Melbourne pada Isnin.

“Hatta, dunia boleh menjadikan Australia sebagai contoh untuk menghormati komuniti minoriti Islam di negara itu dalam kalangan masyarakatnya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Selepas merasmikan Kompleks Sukan Al-Taqwa, Anwar telah dibawa meninjau kawasan sekitar selain ditemuramah pelajar kolej berkaitan isu global, Gaza, Islamophobia dan terkait Islam amnya.

Ketika ini, terdapat kira-kira 18,000 pelajar Malaysia yang menyambung pengajian di Australia, dengan kumpulan terbesar berada di Victoria iaitu sekitar 9,000 pelajar.

Untuk rekod, Anwar ke Australia sempena lawatan rasmi empat hari bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Tahunan (ALM) Kedua Malaysia-Australia pada 4 Mac dan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia dari 5 hingga 6 Mac di Melbourne.

Beliau akan mengakhiri lawatannya ke Australia di Canberra dengan menyampaikan syarahan umum di Australian National University (ANU) dan bertemu Gabenor Jeneral Australia, David Hurley.

Related Articles

Back to top button