Semasa

KSM dijenamakan semula, kini dikenali sebagai Kesuma

Kementerian Sumber Manusia (KSM) dijenamakan semula dan akan menggunakan akronim ‘Kesuma’, bagi semua urusan rasmi berkaitan kementerian itu bermula hari ini.

Kementerian itu dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lalu telah mengambil maklum dan bersetuju tentang penjenamaan semula itu.

“Dalam dua bulan ini, selaras dengan misi strategik 3K, Kesuma telah memperkukuhkan kerjasama dengan kesatuan sekerja, melaksanakan pembaharuan ke atas institusi Mahkamah Perusahaan Malaysia, tegas memberi penekanan terhadap hak gaji pekerja dan meluaskan liputan skim keselamatan sosial.

“Ia termasuk meningkatkan kualiti latihan kemahiran serta melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan tata kelola di kesemua jabatan dan agensi kementerian,” menurut kenyataan itu.

BACA LAGI: PM gesa PERKESO, KSM sediakan modul ‘upskilling’ baharu

Tambah kementerian, Kesuma dipetik daripada suku kata awal frasa setiap perkataan Kementerian Sumber Manusia (Ke.su.ma), yang merupakan perkataan lama dalam Bahasa Melayu yang bererti ‘bunga’.

“Keindahan maksud bahasa itu jelasnya bersesuaian dengan misi strategik 3K kementerian, yakni memperkasakan Kebajikan, Kemahiran, dan Keberhasilan pekerja.

Related Articles

Back to top button