Negeri

Selangor lancar Gagasan Rumpun Selangor, jadi asas kukuh perpaduan

Gagasan Rumpun Selangor dilancarkan sebagai kerangka memperkukuh perpaduan sekali gus menjamin pembangunan sosioekonomi rakyat negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata perpaduan masyarakat yang utuh menjadi asas utama mendorong peningkatan ekonomi negeri yang dinikmati segenap lapisan rakyat.

Kerangka itu juga akan menjadi matlamat baharu melahirkan komuniti yang berjuang memperkasa semangat Nasionalisme Malaysia dengan mewujudkan kebersamaan dalam kepelbagaian.

“Walaupun berbeza warna kulit, fahaman dan kepercayaan tetapi matlamat dihalatujukan atas satu landasan iaitu Kita Selangor.

“Gagasan Rumpun Selangor adalah kesinambungan pengisian kepada Kita Selangor yang akan menjadi payung dan kerangka mengukuhkan perpaduan antara kita semua.

“Ia memberi suntikan semangat ke seluruh negara bagi melahirkan semangat Nasionalisme Malaysia ibarat sepohon pokok, banyak ranting dan pucuknya, tetapi akhirnya kita berkongsi akar dan aspirasi yang sama,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian program Gagasan Rumpun Selangor daerah Hulu Selangor hujung minggu lalu.

Terdahulu, pada majlis itu Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melancarkan logo rasmi Gagasan Rumpun Selangor.

BACA LAGI: Semua pihak mesti terima kenyataan, hormati Kerajaan Perpaduan – Agong

Mengulas lanjut beliau berkata, Selangor adalah ‘melting pot’ negara dengan kepelbagaian latar belakang rakyat yang tiada tandingan jika dibandingkan dengan mana-mana negeri di Malaysia.

“Kita bukan sahaja ada rakyat dari Selatan seperti Melaka dan Johor, wilayah Utara seperti Perlis, Pulau Pinang atau Kedah, meskipun ada yang masih hidup dalam denial, malah selain Kelantan dan Terengganu, ada juga sekumpulan besar warga dari Sabah dan Sarawak,” tambah Amirudin.

Related Articles

Back to top button