Umum

Tarikh lihat anak bulan Ramadan 10 Mac

Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa tahun ini ialah pada petang Ahad, 10 Mac 2024 Masihi bersamaan 29 Syaaban 1445 Hijriah, menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen.

Menurut kenyataan itu, jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut di 29 lokasi di seluruh negara iaitu Pontian Kecil di Johor dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu Tanjung Bidara di Melaka.

Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan, Bukit Melawati Kuala Selangor, Bukit Jugra Banting Kuala Langat, Balai Cerap Selangor Sabak Bernam di Selangor, Pantai Pasir Panjang Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong di Perak, Pusat Falak Sheikh Tahir Pantai Aceh di Pulau Pinang.

Kampung Pulau Sayak Kuala Muda, Pemandangan Indah Pulau Langkawi, Menara Alor Setar Alor Setar di Kedah, Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Geliga Kemaman, Pulau Perhentian Besut, Balai Cerap KUSZA Mukim Merang Setiu di Terengganu, Bukit Peraksi Pasir Puteh, Bukit Kampong Tembeling Mukim Manjur Daerah Olak Jeram Kuala Krai, Menara Bangunan SEDC Jalan Tengku Putra Semerak Kota Bharu di Kelantan dan Pusat Falak Miri, Teluk Bandung Kuching, Tanjung Batu Bintulu di Sarawak.

Balai Cerap Al-Biruni Tanjung Dumpil Putatan di Sabah, Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berincang Cameron Highlands, Menara Kuantan 188 di Pahang, Tingkat 13 Menara Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa di Labuan, Menara Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putraja di Putrajaya dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain Kuala Perlis di Perlis.

“Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab,” katanya.

Related Articles

Back to top button