Semasa

KESUMA tubuh jawatankuasa berkaitan Suruhanjaya Pekerja Gig

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mewujudkan sebuah jawatankuasa bagi meneliti syor penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig.

Kementerian itu melalui satu kenyataan berkata, jawatankuasa akan mengambil kira pelbagai aspek dan bakal membentangkan laporan interim kepada Jemaah Menteri dalam tempoh tiga bulan kehadapan.

“KESUMA mendukung pengumuman Perdana Menteri di Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Pekerja Gig.

“Rentetan itu, KESUMA akan menerajui sebuah Jawatankuasa Pelbagai Kementerian dan Pemegang Taruh bagi merealisasikan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig tersebut.

“Jawatankuasa akan meneliti terma rujukan penubuhan suruhanjaya ini membabitkan aspek fungsi, perundangan, kewangan dan keanggotaan suruhanjaya,” kata kenyataan itu.

BACA LAGI: Penubuhan Suruhanjaya bukti kerajaan cakna nasib pekerja gig

Terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ucapan penutupan Kongres Ekonomu Bumiputera pada Sabtu mengumumkan penubuhan suruhanjaya itu.

Ia jelasnya bertujuan melindungi hak 1.12 juta pekerja gig, dengan tumpuan adalah untuk memenuhi keperluan sosial, menyelesaikan pertikaian kontrak dan mendorong kemajuan kerjaya golongan berkenaan.

Related Articles

Back to top button