Semasa

Malaysia sertai kajian keberkesanan Nelfinavir sebagai antiviral demam denggi – Dr Dzulkefly

Malaysia sedang melaksanakan kajian bagi penggunaan semula ubat Nelfinavir yang sebelum ini digunakan dalam vaksin melawan penyakit Hepatits C dan ubatan rawatan pesakit Aids sebagai rawatan terbaharu untuk penyakit demam denggi

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada satu sidang media di Shah Alam pada Isnin berkata, turut bersama Malaysia mengkaji keberkesanan Nelfinavar adalah tiga negara lain iaitu Brazil, India dan Thailand dibawah kolaborasi global dinamakan Dengue Allieance.

“Kajian penggunaan semula ubat ini turut melibatkan kerjasama daripada Drugs for Neglected Diseases initiative (DNDi), sebuah organisasi penyelidikan dan pembangunan yang sebelum ini bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan menghasilkan rawatan Hepatits C.

“Apa pun, usaha yang dilakukan dalam membangunkan satu vaksin atau ubat antiviral menuntut satu tempoh masa yang lama bagi memenuhi prosedur tertentu seperti aspek keberkesanan dan keselamatan,” katanya selepas merasmikan Hari Keterlihatan Penyelidikan Denggi 2024 di Institut Kesihatan Negara (NIH).

BACA LAGI: Pegawai perubatan lega, Menteri umum elaun lokum boleh dituntut serta merta

Mengulas lanjut beliau memaklumkan proses kajian itu kini menurutnya berada di peringkat ujian klinikal.

Beliau yakin sekiranya berjaya, antiviral itu boleh digunakan selewatnya-lewatnya tahun hadapan memandangkan ia hanya perlu melalui satu peringkat lagi sebelum diluluskan.

“Kita harap agar Dengue Alliance dapat mencatat satu lagi kejayaan dan memberi harapan baharu dalam rawatan denggi sebagaimana pencapaian sebelum ini dalam menghasilkan rawatan Hepatitis C,” katanya.

Related Articles

Back to top button