Negeri

Masalah LRA di Kedah: Pembangkang jangan cuba salahkan pihak lain, tegas Akmal

Kerajaan Negeri Kedah dibawah pentadbiran Datuk Seri Sanusi Md Nor digesa tidak menuding kesalahan kepada pihak lain susulan masalah kelewatan pembinaan Loji Rawatan Air di negeri itu.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, dakwaan pembangkang kononnya pembinaan Loji Rawatan Air di Kedah lambat kerana Kerajaan Persekutuan tidak melayan permohonan menaikkan harga barang projek di bawah Variasi Harga (VOP) adalah tidak berasas.

Menjawab dakwaan itu di Dewan Rakyat pada Selasa, beliau menafikan Kerajaan Persekutuan mahu menjadikan mana-mana pihak sebagai ‘mangsa’ dalam isu berkenaan seperti naratif dimainkan pembangkang, sedangkan kerajaan Kedah tidak mengemukakan Notis Perubahan (NOC) kepada kementerian setelah berlaku kenaikan kos melangkaui harga siling

“Kita nak projek ini dibuat dengan sebaik mungkin sehingga siap. Dakwaan itu (salah Kerajaan Persekutuan) adalah tidak betul. Permohonan VOP ini sebenarnya perlu dikemukakan oleh kerajaan negeri (Kedah) kerana dalam projek ini, kerajaan negeri adalah agensi pelaksana.

“Tidak timbul isu Kerajaan Persekutuan tidak mahu membenarkan VOP kerana VOP ini mohon dengan kerajaan Kedah sendiri. Peranan di peringkat pelaksana itu bila berlaku perubahan kos binaan, ikut syarat sebenarnya boleh kemukakan kepada agensi pelaksana sebab harga siling itu masih lebih tinggi.

“Tetapi bila kenaikan itu melangkaui harga siling projek, maka kerajaan negeri (Kedah) perlu mengemukakan NOC kepada kementerian berdasarkan rekod.

“Kementerian sebenarnya belum lagi menerima sebarang permohonan NOC daripada kerajaan negeri (Kedah) untuk kedua-dua projek sakit ini. Jadi harap dapat membantu Yang Berhormat menerangkan keadaan sebenar di Kedah,” katanya dipetik.

BACA LAGI: Alasan kelewatan LRA Bukit Selambau sukar diterima

Terdahulu, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) mahu kerajaan memberi penjelasan berhubung isu perubahan skop projek apabila berlaku VOP.

Related Articles

Back to top button