Semasa

MADA bidas Sanusi susulan tuduhan ada pihak halang Kedah jual beras sendiri

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) membidas tuduhan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa ada pihak tertentu cuba menghalang usaha kerajaan negeri untuk mengeluarkan Beras Kedah.

Pengerusinya Dr Ismail Salleh menegaskan, tiada sebarang permohonan dibuat oleh mana-mana pihak untuk mengeluarkan Beras Kedah

Susulan itu beliau hairan dan mempersoalkan bagaimana Sanusi boleh membuat dakwaan berkenaan ada sidang DUN Kedah hari ini.

“Menteri besar Kedah sekarang sentiasa prejudis kepada kerajaan madani, setahu saya tidak ada permohonan itu, lalu bagaimana MB menuduh ada pihak tertentu yang menyekat hasrat kerajaan negeri,” katanya dipetik Berita Harian.

Terdahulu, Muhammad Sanusi ketika menjawab soalan di DUN Kedah pada Selasa mendakwa usaha mengeluarkan Beras Kedah terhalang selepas mengumumkan hasrat mengeluarkan beras yang lebih murah berbanding harga pasaran.

Dakwanya, Kedah walaupun selaku negeri pengeluar beras tetapi tidak dibenarkan kawal pengeluaran dan pemasaran hasil padi.

BACA LAGI: Mosti akan bincang dengan KPKM, cara jalan tingkat penghasilan benih padi NMR 152

Sementara itu Dr Ismail menegaskan, Industri padi beras negara diikat oleh Akta 522 (Akta Kawalan Padi dan Beras 1994) termasuk keinginan kerajaan negeri untuk merealisasikan Beras Kedah

“Kerajaan negeri perlu mohon lesen kepada pihak kawal selia yang menguatkuasakan Akta 522 untuk membuat kilang dan memproses padi dijadikan beras seterusnya hasilkan beras sejahtera.” tambahnya.

Related Articles

Back to top button