Nasional

200 anak pemandu teksi GTSM terima bantuan awal persekolahan

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi pada Khamis berkesempatan menyampaikan sumbangan awal persekolahan kepada 200 anak pemandu teksi Persatuan Gabungan Teksi Se-Malaysia (GTSM) pada satu majlis yang diadakan di Rawang, Selangor.

Sumbangan berjumlah RM200 diberikan bagi meringankan perbelanjaan persekolahan dalam menyediakan kelengkapan murid bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan bermula pada minggu hadapan.

Ahmad Farhan pada majlis itu berkesempatan beramah mesra dengan pemandu teksi yang turut ditemani oleh Yang Dipertua GTSM, Kamarudin Mohd Hussain.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foo mengumumkan seramai 35,000 pemandu teksi dan 18,000 pemandu bas sekolah dalam negara akan menikmati caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan mulai bulan ini.

Beliau berkata, 90 peratus caruman itu akan dibiayai menerusi peruntukan Kementerian Kewangan, manakala baki 10 peratus dibayar oleh Kementerian Pengangkutan bagi tempoh setahun.

Related Articles

Back to top button