Semasa

AMK Perlis kecam tindakan vandalisme conteng gambar Raja Muda

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perlis mengecam perbuatan vandalisme menconteng papan iklan yang memaparkan gambar Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Ketua Penerangan AMK, Leong Chee Wei melalui satu kenyataan berkata, tindakan itu sangat biadap dan mengejutkan kerana telah mencemarkan kemuliaan Institusi Diraja negeri itu.

“Imej institusi diraja perlu dijaga bertepatan dengan prinsip Rukun Negara yang kedua iaitu “Kesetiaan kepada Raja dan Negara

“AMK Perlis mengecam sekeras-kerasnya tindakan vandalisme yang biadap dan tidak menghormati Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail ini.

“Imej Institusi Diraja perlu dijaga bertepatan dengan Prinsip Rukun Negara yang kedua iaitu “Kesetiaan kepada Raja dan Negara”, tegasnya.

BACA LAGI: Sultan Selangor dukacita kenyataan Presiden Pas terhadap Raja-Raja Melayu

Melalui kenyataan sama, AMK Perlis menggesa agar pihak berkuasa segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas kepada pelakunya.

“AMK Perlis menggesa pihak berkuasa untuk segera menangkap pelaku yang derhaka ini supaya tindakan yang setimpal dapat dikenakan,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button