Parlimen

Data berkaitan projek rintis ubat PrePGov di peringkat analisis – KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) kini dalam proses menganalisis data berkaitan projek perintis penggunaan ubat bagi mencegah HIV.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad melalui jawapan bertulis di laman web Parlimen yang disiar pada Khamis berkata, buat masa ini data berkenaan ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEPGov) masih di peringkat penelitian.

“Projek rintis pemberian ubat PrEPGov untuk pencegahan HIV ini dimulakan pada Januari lalu di 18 klinik kesihatan dan diperluaskan ke tiga (klinik kesihatan) lagi pada pertengahan tahun ini.

“Pengumpulan data kajian sudah selesai pada 31 Disember lalu.

“Data daripada projek rintis ini sedang dianalisis bagi melihat impak kesihatan secara langsung dan tidak langsung susulan pemberian PrEP, terutama aspek pencegahan HIV dan perubahan tingkah laku berisiko,” katanya.

Ia sebagai menjawab soalan lisan dikemuka seorang Ahli Parlimen berhubung pelan kementerian bagi mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) khusus mengikut kategori penerima PrEPGov.

Beliau sementara itu turut berkata, KKM juga kini dalam proses membangunkan garis panduan program PrEPGov bagi kegunaan pengamal perubatan di semua fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta.

BACA LAGI: KKM bakal tambah baik, perluas fasiliti rawatan kanser kanak-kanak

Sebagai rekod, Bekas Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa pada Disember lalu memaklumkan KKM menggerakakn projek rintis penggunaan ubat tersebut di beberapa hospital.

Ia bagi menilai keberkesanan dan keselamatannya dalam mengurangkan risiko penularan jangkitan HIV.

Jelasnya, projek rintis itu perlu dilaksanakan sebelum ubat berkenaan diperakukan oleh kementeriannya untuk kegunaan awam.

Related Articles

Back to top button