Nasional

Kad Perakuan Media 6 bulan hanya terpakai kepada media dalam talian baharu – JaPen

Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) telah mengesahkan tempoh sah laku kad perakuan media (KPM) yang digunakan oleh pengamal media.

JaPen dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, kad perakuan media selama enam bulan hanya diberikan kepada pengamal media dalam talian yang baru berdaftar dengan jabatan itu.

“Ini adalah untuk memastikan media dalam talian tersebut beroperasi secara aktif, sahih dan tidak menyebarkan maklumat palsu dalam tempoh enam bulan pertama tersebut.

“Setelah tempoh tersebut tamat, pemegang KPM dalam talian tersebut boleh memperbaharui kad mereka dan kad tersebut akan sah selama dua tahun,” menurut kenyataan itu.

Tempoh sah laku KPM berkuatkuasa serta-merta mulai hari ini.

Katanya, pengamal media rasmi kerajaan dan media tempatan termasuk media tempatan akan memperoleh kad selama dua tahun.

Manakala bagi kad perakuan untuk media antarabangsa yang diwakili warga Malaysia mendapat kad selama dua tahun berbanding setahun sebelum ini.

Tambahnya lagi, pengamal media kontrak dan pengamal media antarabangsa bukan warga Malaysia pula diberikan kad perakuan selama setahun.

Pengumuman ini dibuat sebagai respon ekoran timbul kekeliruan berhubung tempoh waktu sah kad tersebut bagi wartawan dalam talian yang dikatakan telah dipendekkan tempoh menjadi enam bulan sahaja.

Related Articles

Back to top button