Politik

Mengapa Pas tak beri guru Pasti pencen, caruman KWSP? – Razeef Rakimin

Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Razeef Rakimin mempersoal kenyataan Presiden Pas Abdul Hadi Awang yang mendakwa penghapusan pencen penjawat awam adalah bertentangan dengan Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW.

Razeef berkata, sekiranya benar seperti apa didakwa Abdul Hadi bahawa sistem berpencen adalah Islamik, mengapa guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di bawah seliaan Pas tidak diberikan pencen.

“Bukan sahaja tidak diberi pencen malah mereka tidak mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta tidak dibayar tuntutan kerja lebih masa.

“Bukankah ini satu penindasan kepada golongan pendidik yang mana ia tidak Islamik?,” soalnya.

Abdul Hadi di Dewan Rakyat pada Rabu mengkritik kerajaan yang katanya menggunakan slogan “Madani” namun pada masa sama merancang untuk menghapuskan sistem pencen anggota perkhidmatan awam.

Bagaimanapun, tuduhan Abdul Hadi itu dilihat tersasar kerana cadangan untuk menyemak semula saraan penjawat awam tidak menyentuh penjawat awam sedia ada.

BACA LAGI: Kenyataan Presiden Pas berkenaan pencen tersasar, kelirukan rakyat – Nik Nazmi

Sementara itu, Razeef menyatakan rasa sedih dengan nasib guru-guru Pasti yang jelasnya masih dibayar serendah RM500 bergantung kepada yuran dan kawasan di mana mereka mengajar.

Justeru tegasnya, alangkah lebih baik jika Abdul Hadi tidak hanya seperti ‘Burung Tiong’dan ‘Burung Kakak Tua’ yang hanya tahu bising tetapi bukan sahaja tidak memahami malah tidak melaksanakan apa yang dikata.

Related Articles

Back to top button