Negeri

Selangor tubuh jawatankuasa, pantau ajaran menyeleweng dalam talian

Kerajaan Negeri Selangor terus melaksana usaha bagi memastikan kesucian agama Islam di negeri itu terus terpelihara.

Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, bagi tujuan itu, sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan melalui Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Jawatankuasa khas yang turut dianggotai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu diwujudkan bertujuan mengawal dan mengekang segala bentuk pengajaran dan bahan-bahan dakwah dalam talian.

Ia bagi memastikan ajaran yang bercanggah dengan enakmen, fatwa, undang-undang syariah dan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri itu tidak tersebar.

BACA LAGI: Yusuf Islam hadir, jadi penceramah jemputan majlis Syarahan MADANI di Seri Perdana

“Jawatankuasa khas ini ditubuhkan untuk melihat perkara seperti itu termasuk membabitkan soal penguatkuasaan (bahan dalam talian) antaranya bagaimana penguatkuasaan boleh dibuat jika alamat protokol Internet (IP) berada di luar (Selangor).

“Semua ini kita teliti dan sedang menetapkan kaedah serta cara bagaimana untuk mengekang serta mengawal perkara-perkara sebegini,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Shah Alam pada Khamis.

Related Articles

Back to top button