Semasa

Anwar hulur sumbangan ringan beban penyanyi Sheqal

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghulurkan sumbangan kepada penyanyi era 90-an Shahrin Salehuddin, atau lebih dikenali sebagai Sheqal bagi meringankan urusan harian dan perubatannya.

Anwar melalui hantaran di laman Facebooknya berkata, sumbangan telah diserahkan melalui Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi yang berkesempatan menziarahi Sheqal.

“Saya mendoakan beliau dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, insya-Allah,” menurut Anwar yang turut berkongsi gambar Ahmad Farhan menziarahi Sheqal.

BACA LAGI: 200 anak pemandu teksi GTSM terima bantuan awal persekolahan

Sheqal kini dilapor berkerusi roda kerana serangan strok sebanyak empat kali

Penyanyi yang popular menerusi lagu Cinta Nusantara itu sebelum ini dilapor dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban I dan kini berehat di rumah.

Related Articles

Back to top button