Semasa

PM Anwar ucap tahniah, mahu KPDN dan PDRM terus benteras penyelewengan subsidi

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu usaha membenteras penyelewengan minyak diesel bersubsidi untuk nelayan diteruskan.

Melalui satu hantaran di laman Facebooknya, beliau memuji usaha dilakukan yang telah dilaksana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menumpaskan sindiket diesel.

“Tahniah KPDN dan PDRM!. Teruskan banteras, pastikan hak nelayan tidak dirampas petualang!”, katanya yang turut berkongsikan satu kenyataan media dari KPDN.

Terdahulu, KPDN dalam kenyataan tersebut memaklumkan pihaknya berjaya menyita 2.264 juta minyak diesel bersubsidi bernilai RM5.391 juta dalam Ops Tiris pada 1 Januari hingga 6 Mac lalu.

BACA LAGI: Kerajaan Perpaduan terus usaha tangani ketirisan subsidi dieselĀ 

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali, dilaporkan berkata dalam operasi itu sebanyak 9,093 premis diperiksa di seluruh negara dengan 245 kertas siasatan dibuka dengan nilai rampasan membabitkan lain-lain peralatan, kenderaan dan sebagainya bernilai RM12,461,938.00 juta menjadikan jumlah keseluruhan sitaan di bawah Ops Tiris 3.0 bagi kes-kes diesel ialah RM17,85 juta.

Terkini, Armizan berkata, kementerian itu berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan diesel bersubsidi nelayan dianggarkan berjumlah RM187,350.

Related Articles

Back to top button