Semasa

KPDN anjur Jualan Rahmah Ramadan di 450 lokasi seluruh negara

Kerajaan Perpaduan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus melaksana pelbagai langkah bagi meringankan beban rakyat.

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kementeriannya bakal menganjurkan Program Jualan Rahmah (PJR) Ramadan di 450 lokasi seluruh negara secara berperingkat.

Selain barang keperluan biasa, program berkenaan akan turut menyediakan jualan makanan keperluan harian lain seperti ayam, daging lembu, ikan dan pelbagai hasil laut, beras serta telur ayam yang 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding pasaran.

“Bekalan produk pada jualan murah ini juga melibatkan kerjasama agensi seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

“Kita harapkan dengan adanya PJR Ramadan, dapat membantu rakyat mendapatkan bekalan barang kering, barang basah, barang persiapan untuk membuat kuih raya dan sebagainya pada harga lebih murah,” katanya selepas sesi walkabout PJR MADANI di Padang Kawad Ibu Pejabat Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah pada Ahad.

BACA LAGI: MBI Selangor peruntukkan RM4 juta untuk mengimarahkan Ramadan 

Beliau memaklumkan, pelancaran PJR Ramadan akan diadakan di Putrajaya pada hari pertama Ramadan dan ddijangka disempurnakan timbalannya, Fuziah Salleh.

Fuziah Salleh jelasnya akan turut memperincikan inisiatif terbabit.

“Semua boleh menyemak jadual 450 siri PJR Ramadan di laman sesawang rasmi KPDN untuk maklumat lokasi di kawasan sekitar mereka,” katanya dipetik.

Related Articles

Back to top button