Negeri

Aminudin saran gunakan kemudahan teknologi di masjid untuk hebahan info hukum hakam

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun mencadangkan agar pihak masjid boleh menggunakan kemajuan teknologi bagi menyampaikan fatwa dan hukum-hakam kepada jemaah.

Jelasnya, Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAINS) boleh menghasilkan hebahan itu dalam bentuk digital grafik dan dipaparkan di setiap televisyen di semua 308 buah masjid di negeri itu.

“Tambahan pula, banyak masjid-masjid masih menggunakan digital grafik dari pejabat mufti bukan dari Negeri Sembilan dan sebahagiannya adalah maklumat dari negara Indonesia.

“Saya harapkan usaha ini dapat dimulakan dari Jabatan Mufti dan diselaraskan dengan JHEAINS.

“Ini termasuk maklumat berkaitan fatwa-fatwa baharu yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti sendiri,” jelasnya.

BACA LAGI: Tandas lima bintang dapat insentif RM20,000 untuk masjid dan surau di Wilayah Persekutuan

Menurut Aminuddin lagi, langkah tersebut secara tidak langsung dapat menyediakan maklumat yang tepat untuk rujukan setiap umat Islam di negeri

“Saya yakin, gerak kerja dakwah perlu memanfaatkan semua medium termasuk teknologi yang ada.

“Semoga usaha ini dapat dilaksanakan dengan jayanya,” tambah Naib Presiden KEADILAN itu.

Related Articles

Back to top button