Nasional

Menteri Kesihatan dimasukkan ke hospital disyaki alami gejala ‘renal colic’

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dirujuk ke Jabatan Kecemasan pada awal pagi tadi kerana disyaki mengalami gejala ‘renal colic’ (batu karang).

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan ringkas berkata, Dr Dzulkefly kini dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan.

“Sama-sama kita doakan agar beliau diberikan kesihatan yang baik dan kembali pulih untuk bertugas,” katanya, hari ini.

‘Renal colic’ atau kolik buah pinggang adalah istilah perubatan untuk kesakitan yang mungkin dialami akibat batu karang.

Related Articles

Back to top button