Anwar

Kerajaan bantu perkasa usahawan PMKS menerusi tranformasi digital bagi tingkat pertumbuhan eksport – PM Anwar

Kerajaan bantu perkasa usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) beradaptasi dengan penggunaan teknologi digital bagi membolehkan ia menembusi pasaran global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, berkata kerajaan menggalakkan PMKS untuk menerima inisiatif tenaga hijau termasuk amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) bagi industri berkaitan.

“Kerajaan turut memberi penekanan khusus kepada transformasi digital dalam kalangan PMKS bagi meningkatkan pertumbuhan eksport.

“Semoga Malaysia terus berkembang sebagai pintu masuk strategik untuk Jerman atau mana-mana negara ke pasaran ASEAN, Insya-Allah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada acara anjuran Persatuan Perniagaan Kecil dan Sederhana Jerman (BVMW) dan seterusnya melawat reruai Malaysia.

Dalam pada itu, beliau turut mempelawa syarikat Jerman serta perniagaan di Eropah untuk mengambil bahagian dengan melabur dan menjalin kerjasama dengan Malaysia.

“Saya tegaskan bahawa Malaysia kini muncul sebagai sebuah negara yang strategik dan berkembang pesat serta mampu menawarkan barisan tenaga kerja mahir, infrastruktur moden, persekitaran kawal selia yang jelas selain potensi pertumbuhan yang besar,” katanya.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia perlu berusaha ke arah mencapai garis panduan dan pematuhan antarabangsa untuk menembusi pasaran global.

Beliau berkata, pihaknya menyediakan garis panduan untuk pematuhan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) bagi industri berkaitan.

Katanya, pematuhan sedemikian penting kerana pasaran utama dunia seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah mensyaratkan pematuhan ESG sebagai kriteria kemasukan produk atau perkhidmatan.

Related Articles

Back to top button