Semasa

Menteri mahu isu gaji Kedah Agro Holdings diselesai segera

Sebuah syarikat berkaitan kerajaan Kedah diberikan notis oleh dilapor mengeluarkan notis kepada Kedah Agro Holdings Berhad supaya segera menyelesaikan isu tunggakan gaji 24 kakitangannya.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, notis itu dikeluarkan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) kepada anak syarikat kepada Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI) itu yang didakwa tidak membayar gaji pekerjanya sejak September tahun lalu.

“Saya sudah mendapat laporan JTKSM mengenai isu dan latar belakang kes ini dan JKTSM sudah memberi notis kepada mereka sejak Januari lalu, ini adalah bercanggah dan melanggar Seksyen 19 Akta Kerja 1955.

“Notis (sudah diberikan JTKSM) kepada majikan terbabit untuk membayar (tunggakan) gaji dan mereka sudah berjanji akan memohon bantuan kerajaan negeri (Kedah),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Inisiatif Caruman Percuma Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Putrajaya pada Rabu.

Terdahulu, tular di media sosial surat didakwa dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Kedah berkaitan aduan isu bayaran gaji serta pengoperasian Kedah Agro Holdings Berhad.

Surat terbabit memaklumkan Biro Pengaduan Awam Kedah menerima maklum balas daripada Kedah Agro Holdings Berhad berhubung aduan yang dibuat ke atasnya.

Difahamkan, selain tunggakan gaji, syarikat berkenaan juga gagal menjelaskan tunggakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

BACA LAGI: KESUMA rangka strategi pastikan bakat TVET kekal releven

Mengulas lanjut, Chee Keong berkata, Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) berpendirian bahawa setiap pekerja berhak ke atas gaji mereka dan ia tidak boleh dikompromi.

“Saya berharap kerajaan negeri mengambil berat perkara ini sebab ada 24 pekerja syarikat yang tidak dibayar gaji,” katanya.

Related Articles

Back to top button