Negeri

Penjawat awam, Ketua Kampung di Perak dapat ‘duit raya’ RM1,000

Kerajaan Perak bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Raya (BKK RAYA) 2024 sebanyak RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, buat julung kalinya juga bantuan sama akan diberikan kepada 995 ketua Kampung.

Turut menerima insentif itu adalah guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan serta pekerja sambilan harian.

“Buat julung kalinya juga, bantuan khas ini turut dipanjangkan kepada semua 995 ketua kampung di seluruh negeri,“ katanya.

Pada ucapan pada Majlis Berbuka Puasa Menteri Besar Perak Bersama Penjawat Awam Negeri Perak di Ipoh.

Seramai 800 penjawat awam menghadiri majlis berbuka puasa yang diadakan di Laman Seri Ridzuan turut menunaikan solat tarawih bersama Saarani.

BACA LAGI: Jadikan bayaran insentif awal dorongan untuk penjawat awam kerja lebih kuat

Sementara itu Saarani menjelaskan, BKK Raya itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM8.8 juta dan akan memanfaatkan 8,804 penerima.

Difahamkan, bantuan atau bonus yang diberikan itu akan dibayar sebelum Aidilfitri tiba.

Related Articles

Back to top button