Global

PM Anwar adakan pertemuan dengan badan pemikir Yayasan Körber

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan lawatan rasmi ke Jerman dengan pertemuan bersama badan pemikir Körber Foundation.

Menurut kenyataan pejabatnya, pertemuan di Berlin itu telah membincangkan isu-isu berkaitan dasar antarbangsa dan geopolitik dengan pembuat dasar, ahli kumpulan pemikir dan agensi kerajaan.

Sebaik tiba di yayasan yang juga salah sebuah yayasan kumpulan pemikir terbesar dan filantropi di Jerman, Anwar disambut oleh Ahli Lembaga Eksekutif Yayasan.Turut hadir Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Antarabangsanya Nora Muller.

“Sudah pastinya situasi yang berlaku di Palestin dan Ukraine turut dibangkitkan semasa pertemuan ini.

“Saya hargai jemputan mereka dan berharap diskusi seperti ini akan dapat diteruskan pada masa mendatang,” kata Anwar melalui satu kenyataan di laman Facebooknya.

Anwar diiringi Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

BACA LAGI: Interaksi langsung kerajaan dengan pelabur bakal buka lebih banyak peluang

Ditubuhkan pada 1959 oleh seorang usahawan Kurt A Korber, yayasan berpangkalan di Hamburg itu adalah sebuah badan pemikir dan penerbit bebas yang memfokuskan kepada isu sosial, antarabangsa dan politik.

Pejabat di ibu negara Jerman itu menawarkan platform untuk pembuat keputusan daripada politik, sains dan kumpulan pemikir untuk bertukar-tukar idea dan mencari penyelesaian kepada cabaran politik semasa secara bersama-sama.

Related Articles

Back to top button