Negeri

KADA salur RM7 Juta, bantu pesawah terjejas kemarau di Kelantan

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) memperuntukkan RM7 juta sebagai langkah segera membantu pesawah terjejas kemarau di beberapa kawasan di Kelantan.

Pengurus Besar agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu, Mohd Faizul Mustafa berkata peruntukan itu bagi membaik pulih pam, pembinaan telaga tiub, menyediakan pam mudah alih, pam ‘backward’ dan pengagihan diesel kepada pihak terlibat.

Cuaca panas jelasnya telah menyebabkan air Sungai Kelantan menyusut, sekali gus mengakibatkan pam Kemubu tidak dapat mengairi keseluruhan sawah di kawasan Kota Bharu Selatan, Kota Bharu Utara, Pasir Puteh dan Bachok, sejak hampir sebulan lepas.

“Punca utama kekurangan sumber air juga disebabkan paras air Sungai Kelantan yang semakin rendah selain pam yang dipasang sejak 30 tahun lepas sudah tidak dapat memenuhi perubahan paras air.

“Memandang serius kemelut dihadapi petani di kawasan seliaan agensi, KADA telah mengambil langkah segera melalui pelbagai pendekatan bagi mengatasi masalah berkenaan,” katanya melalui satu kenyataan.

BACA LAGI: Langkah mitigasi hadapi kemarau, PETRA bangunkan 19 NAWABS di lembangan sungai

Sementara itu tambahntam KADA telah menyediakan 32 pam khas di keseluruhan kawasan bagi mengairi 2,400 hektar sawah pada petani, selain membina 26 daripada 100 unit telaga tiub membabitkan peruntukan RM500,000.

KADA urut menyediakan peruntukan lebih RM1.8 juta bagi pengagihan diesel atau petrol kepada petani dan sebanyak RM400,000 bagi penyediaan 150 unit pam ‘backward’.

“Pam kitar semula kita telah mulakan pemasangan di empat tempat yang dijangka siap sepenuhnya Jun ini, manakala peruntukan RM800,000 pula diberikan bagi penyediaan pam mudah alih,” katanya.

Related Articles

Back to top button