Anwar

Malaysia jadi penggerak utama basmi isu Islamofobia – PM Anwar

Malaysia komited dalam memikirkan langkah membasmi manifestasi Islamofobia yang semakin semarak terutamanya di benua Eropah yang hanya mempunyai bilangan minoriti penganut agama berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa di Berlin meluangkan masa bersama pemikir dan sarjana Islam Eropah dalam memikirkan langkah yang perlu diambil dalam menangani permasalahan tersebut terutamanya di barat.

“Rakan-rakan sarjana turut mengusulkan Malaysia mengambil inisiatif merangka strategi berkesan menentang kemaraan budaya ini.

“Insya-Allah, saya bersama rakan-rakan akan terus menjadi penggerak utama bagi membasmi isu Islamofobia,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar bertemu rakan-rakan sarjana dari International Institute of Islamic Thought (IIIT), Arab World Institute dan Middle East and Mediterranean Research Centre (CERMOM) dalam perbincangan mengenai isu ini.

Islamofobia merupakan perasaan benci terhadap agama Islam dan kebanyakan negara yang mempunyai manifestasi seperti ini mempunyai bilangan komuniti Islam yang kecil seperti negara-negara Eropah yang hanya mempunyai populasi lima peratus penganut agama berkenaan.

Related Articles

Back to top button