Politik

DAP sokong keberanian PM Anwar, wakili suara nurani masyarakat antarabangsa – Anthony

Rakyat Malaysia mempunyai kewajipan moral untuk berdiri teguh bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mencari pengakhiran kepada kesengsaraan rakyat Palestin di pentas antarabangsa, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata, ini kerana kekejaman di Gaza hanya dapat ditamatkan melalui penyelesaian antarabangsa.

“Pujian yang diterima oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim atas penilaian terus terangnya mengenai situasi Palestin semasa sidang media bersama Canselor Jerman Olaf Scholz mencerminkan kekecewaan antarabangsa yang semakin meningkat terhadap Israel dan sekutunya.

“DAP menyokong keberanian Perdana Menteri yang tampil sebagai suara nurani masyarakat antarabangsa,” kata Loke yang juga Menteri Pengangkutan dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Terdahulu, Anwar semasa semasa sidang media bersama Canselor Jerman Olaf Scholz di Berlin telah mengutuk sikap Barat yang ‘selektif’ dan ‘ambivalen’ terhadap konflik kemanusiaan yang berlanjutan di Palestin.

Kenyataan Anwar bahawa dasar Israel selama berdekad-dekad terhadap rakyat Palestin dan kekejamannya sebagai punca konflik kemudian menjadi sorotan media antarabangsa termasuk sokongan daripada individu berpengaruh di seluruh dunia.

Related Articles

Back to top button