Global

PM Anwar wakili suara majoriti rakyat dunia pertahan warga Palestin – Wartawan terkenal

Kritikan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap sikap negara Barat keatas kekejaman Israel di Gaza meraih sokongan individu berpengaruh di seluruh dunia.

Wartawan warga British-Amerika yang terkenal Mehdi Hasan berkata Anwar kini mewakili suara majoriti rakyat dunia yang mempertahankan hak warga Palestin.

“Kami telah mencapai satu tahap iaitu perdana menteri Malaysia @anwaribrahim kini bercakap untuk majoriti rakyat dunia dan bukan pemimpin Eropah atau Barat,” dalam hantaran di X.

Anwar semasa semasa sidang media bersama Canselor Jerman Olaf Scholz di Berlin pada 11 Mac lalu mengutuk sikap Barat yang “selektif” dan “ambivalen” terhadap konflik kemanusiaan yang berlanjutan di Palestin.

Kenyataan Anwar bahawa dasar Israel selama berdekad-dekad terhadap rakyat Palestin dan kekejamannya sebagai punca konflik kemudian menjadi sorotan media antarabangsa.

Kenyataan Anwar terhadap sikap negara Barat turut menarik perhatian Penyanyi dan penulis lagu terkenal Sweden berketurunan Lubnan Maher Zain, @MaherZain.

Dipetik laporan Bernama, Maher Zain mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerusi ciapan di Twitter, “Terima kasih Perdana Menteri @anwaribrahim” atas keberaniannya.

BACA LAGI: Kritikan keras PM terhadap kuasa barat jadi sorotan media antarabangsa

Bekas bintang ragbi All Blacks, Sonny Bill Williams dalam hantarannya di laman X berkata sejarah tidak boleh dilupakan apabila membincangkan isu Palestin.

“Tetapi saya sudah tentu tidak dapat menerima hakikat apabila anda membincangkan isu, kita hanya terhad kepada satu kejadian tertentu yang melupakan ribuan dan ribuan mangsa dari NAKBA (malapetaka besar) 1947-48,” catatnya.

“Masya-Allah @anwaribrahim bercakap fakta,” kata pemenang Piala Dunia dua kali bersama New Zealand pada 2011 dan 2015 itu.

Wartawan Perancis Arnaud Betrand, @RnaudBertrand, berkongsi klip yang sama mengenai pendirian Anwar, menyifatkannya sebagai, “mesti tonton, amat memuaskan,” sambil memuji tindakan perdana menteri.

Related Articles

Back to top button