Anwar

‘Selamat tinggal, Jerman’- PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhiri lawatan rasmi selama enam hari ke Jerman dalam hantaran menerusi Facebook beliau hari ini dengan coretan ‘Auf Wiedersehen Deutschland’ yang membawa maksud ‘Selamat tinggal, Jerman’.

Beliau menyifatkan lawatan sulungnya itu berjaya mengeratkan hubungan dua hala kedua-dua negara, di samping meleraikan kebimbangan yang timbul.

“Secara keseluruhannya, lawatan sulung saya ke Jerman ini mencapai objektifnya daripada aspek mengukuhkan persahabatan yang sedia erat antara kedua-dua negara serta meningkatkankerjasama perdagangan dan peluang pelaburan untuk Malaysia.

“Saya percaya menerusi kerjasama pelbagai bidang ini menjanjikan masa hadapan yang lebih makmur sekali gus membawa manfaat bersama kepada rakyat kedua-dua negara,” katanya.

Anwar turut merakam penghargaan kepada pihak kementerian, agensi kerajaan, kedutaan Malaysia di Jerman dan rakan media atas perancangan yang rapi dalam menjayakan lawatan rasmi berkenaan.

Perdana Menteri dalam rangka lawatan rasmi ke Jerman yang bermula sejak 11 Mac lalu dan berakhir pada Jumaat.

Pertemuan Perdana Menteri dengan kepimpinan tertinggi Jerman, semasa lawatan rasmi enam hari beliau, berjaya memberi pandangan berbeza terhadap isu Gaza.

Kedua-dua negara bersetuju, tentang keperluan untuk menghentikan serangan di Gaza.

Potensi pelaburan baharu bernilai RM45.4 bilion, diraih melalui tujuh syarikat Eropah, bagi jangka masa 5 hingga 10 tahun.

Related Articles

Back to top button