Sukan

Kaji dulu pro dan kontra sebelum buat keputusan jadi tuan rumah Komanwel 2026 – PM Anwar

Kerajaan memberi jaminan akan membincangkan dengan terperinci dan mendapatkan pandangan semua pihak sebelum membuat keputusan berhubung tawaran untuk Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026.

“Kita kena lihat dulu secara terperinci. Lihat keseluruhannya sebelum membuat keputusan muktamad.

“Kita akan ambil kira semua pro dan kontra sebelum membuat keputusan,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media pada akhir lawatan enam hari beliau ke Jerman semalam.

Beliau turut memaklumkan, telah meminta Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Majlis Sukan Negara dan pihak lain yang berkaitan memberi maklumat mengenai tawaran itu.

Malah kabinet juga sudang membincangkan perkara itu dan keputusan mengenainya dijangka dibuat minggu depan.

Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) baru-baru ini menawarkan kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah temasya itu bagi menggantikan Victoria, Australia yang menarik diri tahun lepas.

CGF juga menawarkan suntikan dana 100 juta pound (RM602 juta) untuk penganjuran temasya itu.

BACA LAGI: Anwar santuni lagenda ragbi dunia, tukar pandangan tentang sukan dan dakwah

Sementara itu Anwar berkata, beliau sedar terdapat pelbagai pandangan mengenai tawaran itu, namun ia perlu dilihat dari pelbagai sudut.

Signifikan Sukan Komanwel itu sendiri juga jelasnya perlu dilihat sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Apakah signifikannya, berapa belanja yang diperlukan. Walaupun ada ratusan juta yang disediakan oleh CGF, tapi kalau kita kena belanja sampai billion ringgit lagi, itu mungkin keupayaan kita terbatas,” tambah beliau.

Related Articles

Back to top button