Nasional

Pendekatan baharu untuk manfaat warga Felda akan diumum – Zahid

Langkah mengeluarkan peneroka Felda daripada kelompok miskin tegar dalam kalangan warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) adalah di antara pendekatan baru yang akan diambil kerajaan, kata Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, kerajaan bakal mengumumkan beberapa pendekatan yang akan memberi manfaat kepada warga Felda minggu hadapan.

“Ada beberapa pendekatan saya akan umumkan dari semasa ke semasa… terbaharu, minggu depan,” katanya dalam wawancara khas sempena pasca Kongres Ekonomi Bumiputera 2024. baru-baru ini.

Zahid turut mengulas mengenai prestasi merosot Felda seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022, Zahid berkata tanggungjawab memulihkan agensi persekutuan itu akan dilihat dalam aspek peneroka dan syarikat di bawah Felda.

“Kita tahu LKAN melaporkan bahawa Felda mengalami kedudukan kewangan yang sangat merosot, laporan audit ini ialah pada Tahun Kewangan 2022, ertinya bukan di bawah kerajaan yang ada sekarang ini. Ia bukan satu blame game dan bukan mahu menyalahkan pihak lain.

“Kebertanggungjawaban pulihkan Felda bukan dilihat daripada segi pengeluaran hasil Felda sendiri (tetapi) tumpuan kena beri kepada peneroka. Keduanya, kita harus lihat syarikat bawah Felda seperti FGV Holdings (FGV Holdings Bhd) dan MSM Malaysia Holdings Bhd,” katanya.

Related Articles

Back to top button