Sukan

ARRC 2024: Hafizh Syahrin naik podium di Buriram

Pelumba sensasi, Hafizh Syahrin Abdullah menghadiahkan podium pertama untuk Johor Darul Ta’zim (JDT) Racing Team pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand.

Menamatkan perlumbaan Asian Superbike 1000cc di posisi kedua, ia sekaligus menebus kekecewaan bekas pelumba MotoGP itu pada sabtu yang gagal menamatkan perlumbaan selepas berdepan masalah teknikal pada jenteranya.

Hafizh Syahrin yang memulakan perlumbaan di petak ketiga mengunakan jentera Ducati Panigale V4-R mengungguli perlumbaan sebelum dipintas pelumba Honda Dream Asia Racing Team with Astemo, Andi Farid Izdihar yang kemudiannya melintasi garisan penamat selaku juara.

Rakan sepasukan Andi, Nakarin Atiratphuvapat mengakhiri perlumbaan di tempat ketiga.

Pada perlumbaan pertama pada Sabtu saingan diungguli seorang lagi pelumba kebangsaan, Azlan Shah Kamaruzaman yang mewakili TKKR BMW Racing Team diikuti Andi kedua manakala Md Zaqhwan Zaidi (Honda Asia-Dream Racing Astemo) ketiga.

Related Articles

Back to top button