Semasa

Benarkan pelarian bekerja: kajian terperinci perlu dilakukan dulu – Saifuddin

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bakal melaksana kajian terperinci bagi membuka laluan kepada pelarian untuk mengisi kekosongan kerja di sektor tertentu di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dipetik laporan Mingguan Malaysia berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) untuk mengumpul data berkaitan.

Antara maklumat yang dikumpulkan, katanya, ialah seperti tempat tinggal pelarian bagi menentukan jumlah sebenar mereka sebelum dibenarkan bekerja.

“Apabila data sudah ada, kita boleh buat pemetaan. Sebagai contoh berapa orang (pelarian Rohingya) di Sabah, di Perlis dan Sarawak,” katanya.

Mengulas lanjut Saifuddin berkata jumlah sebenar pelarian masih tidak jelas kerana data yang berbeza didaftarkan kerajaan dan UNHCR.

Majlis Keselamatan Negara menguruskan 40,000 pelarian dari 48 negara, manakala data UNHCR mendedahkan terdapat 189,000 pelarian di negara ini, katanya.

Saifuddin berkata berdasarkan permintaan, sektor yang dikenal pasti berpotensi untuk mengambil pelarian sebagai pekerja ialah pertanian dan perladangan.

Langkah itu jelasnya lebih baik dari membiarkan pelarian menjalankan perniagaan kecil bagi menyara kehidupan mereka.

BACA LAGI: Sewa premis kepada warga asing, 364 lesen perniagaan rakyat tempatan dibatalkan

Untuk rekod, cadangan membenarkan pelarian bekerja di Malaysia dibincang dalam beberapa pentadbiran sebelum ini.

Bekas Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran pernah menyatakan. langkah membenarkan pelarian bekerja merupakan alternatif kepada pengambilan pekerja asing baru.

Related Articles

Back to top button