Negeri

Kerajaan Kelantan ucap terima kasih kepada pentadbiran PM Anwar

Kerajaan Negeri Kelantan mengucapkan terima kasih kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia susulan kelulusan peruntukan sebanyak RM6.1 juta oleh Kerajaan Perpaduan bagi memperbaiki dan menaik taraf jalan serta lampu isyarat di seluruh negeri itu melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan.

EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri Datuk Dr Izani Husin berkata peruntukan di bawah Program Pemasangan Lampu Jalan Kawasan Kemalangan dan Berisiko Kemalangan Akibat Jalan Gelap itu meningkat beberapa kali ganda berbanding hanya lebih RM1 juta yang disalurkan tahun lepas.

“Terima kasih kerana meluluskan peruntukan yang jauh lebih besar tahun ini dan kami (kerajaan negeri) amat menghargainya.

“Peningkatan bajet ini menunjukkan kerajaan Persekutuan (Kerajaan MADANI) menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih baik sekali gus membolehkan JKR negeri melakukan kerja-kerja penyelenggaraan yang lebih menyeluruh di negeri ini,” katanya dipetik laporan media.

BACA LAGI: Kelantan tidak dipinggir, Kerajaan Perpaduan salur RM153.2 juta untuk wilayah selatan

Perdana menteri sebelum ini menegaskan pentadbirannya tidak akan meminggirkan negeri yang diterajui pembangkang.

Menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau bertindak zalim terhadap negeri pembangkang, pentadbiranya jelas Anwar sentiasa berusaha membina hubungan baik dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat seluruh negara terbela.

Related Articles

Back to top button